-->

tabung sumbangan ;)

Friday, August 26, 2011

Station ke-2 : Clinical


After 1 month berada kat OutPatient Department (OPD), aku ditempatkan di Farmasi Klinikal selama sebulan. Tak cukup sebulan pun sebenarnya. Lepas tolak cuti itu ini, dalam 20 hari je. Erm sebenarnya bagi aku klinikal tak best sangat kalau nak dibandingkan dengan OPD. Yes aku setuju bertugas di bahagian klinikal memang relax tapi ape guna kalau datang kerja siap-siap awal pagi tapi kau kena melanggok je tunggu itu ini. Sangat bosan.Rasa terkontang kanting je. Tapi Alhamdulillah la kan dapat Klinikal dalam bulan Ramadhan ni. Tade la letih sangat pun. Kalau duduk OPD pukul 9.30 malam kebiasaannya dah terbaring atas katil.Penat.

Trainee diberi kebebasan nak pilih nak pergi bahagian mana dulu.So aku pilih untuk ke TDM (Therapeutic Drug Monitoring) dulu, then CDR (Cytotoxic Drug Monitoring) & last sekali TPN (Total Parenteral Nutrition). Tapi terpaksa tukar plan sebab Axysm Machine tu rosak pulak. So aku terpaksa tukar plan, masuk ke CDR then TDM & last sekali TPN. Antara tiga-tiga ni aku paling suka TDM & CDR. TPN okay. Not bad. Tapi tak tau kenapa tak rasa begitu suka duduk kat unit ni.

First day kat TDM memang sangat blur,pening, serabut. Mana tak nya En Azhar@ Abe Ha bercuti pulak hari tu. Memang agak terpingga-pingga la bila PRP suruh buat itu ini. Sangat tak mungkin la kan kalau masuk-masuk terus tau nak guna machine itu ini.Nak control bla..bla..bla..reagent..bla..bla..Yang aku tau nak spin blood je. Spin tu pun kena tau dulu nak tekan number program ikut blood sample yang diterima tu.

First day dah kena buat blood sample Cyclosporin. huh! Amek kauu! Aku buat tapi refer satu-satu pada guideline pada dinding. And erm erm, tak jadi. Result out. 2 kali buat pun out jugak. Nak buat control Cyclosporin pun tak tau mula-mula. So untuk control aje dah repeat 2 kali buat. Belum lagi nak run untuk sample. Last sekali, Chi Fei (pegawai) cakap, tape simpan blood sample run lagi esok hari. Pheww lega.

Hari esoknya lagi kecoh bila blood sample Cyclosporin tu dah ada org buang dalam tong kuning tu. Aku dengan Chua,trainee KKM, punya la cuak debar dip dap dip dup takut dipersalahkan. Tapi memang kitorang langsung tak tahu menahu pun pasal buang-buang sample darah tu. Kecoh kejap. Tapi everything turn to be fine again bila Abe Ha kutip balik blood sample tu dalam tong kuning & run the sample. Tade ape sangat la pun sebenarnya. Nasib la blood sample tu masih boleh digunakan. Lega sangat. :)

CDR dengan Nik, TPN dengan Yuni & Yuha. Hurm nothing much to do there. Bila boring, pergi packing ubat. Boring lagi,packing lagi.Packing.Packing.Packing. Haih.





Yes I'm Agree





The place where people add you as a FRIEND but walk past you in the street... RELATIONSHIPS are perfect, LIARS believe they are telling the truth, your ENEMIES visit your profile the most, yet your FRIENDS & FAMILY block you and even though you write what you are really thinking, someone always takes it the wrong way.



Welcome to facebook!

Thursday, August 18, 2011

Kerja

This summary is not available. Please click here to view the post.

Wednesday, August 17, 2011

Menyesal aku.



Okey sumpah semalam aku sebak gila.

Petang semalam aku ke bazar.Aku lihat seorang pakcik tua yang sudah buruk badannya dari kepala sampai ke kaki sedang bersimpuh di jalan.Buruk dari kepala hingga ke kaki. Aku rasa kau semua tak boleh bayang macam mana kondisi pakcik tu. Lebih dari seorang mangsa melecur akibat kebakaran. Matanya merah tunduk pandang bumi.

Aku jalan ke depan sambil mengesat air mata yang spontan bergenang keluar. Tak sanggup nak pandang lagi.

Balik rumah aku menyendiri. Kenapa aku tak bantu pakcik tadi? kenapa aku tak hulur beberapa ringgit kepada pakcik tadi. Kenapa aku kejam sangat seolah-olah buat tak peduli.


Hurm. Menyesal gila :(