-->

tabung sumbangan ;)

Friday, August 26, 2011

Station ke-2 : Clinical


After 1 month berada kat OutPatient Department (OPD), aku ditempatkan di Farmasi Klinikal selama sebulan. Tak cukup sebulan pun sebenarnya. Lepas tolak cuti itu ini, dalam 20 hari je. Erm sebenarnya bagi aku klinikal tak best sangat kalau nak dibandingkan dengan OPD. Yes aku setuju bertugas di bahagian klinikal memang relax tapi ape guna kalau datang kerja siap-siap awal pagi tapi kau kena melanggok je tunggu itu ini. Sangat bosan.Rasa terkontang kanting je. Tapi Alhamdulillah la kan dapat Klinikal dalam bulan Ramadhan ni. Tade la letih sangat pun. Kalau duduk OPD pukul 9.30 malam kebiasaannya dah terbaring atas katil.Penat.

Trainee diberi kebebasan nak pilih nak pergi bahagian mana dulu.So aku pilih untuk ke TDM (Therapeutic Drug Monitoring) dulu, then CDR (Cytotoxic Drug Monitoring) & last sekali TPN (Total Parenteral Nutrition). Tapi terpaksa tukar plan sebab Axysm Machine tu rosak pulak. So aku terpaksa tukar plan, masuk ke CDR then TDM & last sekali TPN. Antara tiga-tiga ni aku paling suka TDM & CDR. TPN okay. Not bad. Tapi tak tau kenapa tak rasa begitu suka duduk kat unit ni.

First day kat TDM memang sangat blur,pening, serabut. Mana tak nya En Azhar@ Abe Ha bercuti pulak hari tu. Memang agak terpingga-pingga la bila PRP suruh buat itu ini. Sangat tak mungkin la kan kalau masuk-masuk terus tau nak guna machine itu ini.Nak control bla..bla..bla..reagent..bla..bla..Yang aku tau nak spin blood je. Spin tu pun kena tau dulu nak tekan number program ikut blood sample yang diterima tu.

First day dah kena buat blood sample Cyclosporin. huh! Amek kauu! Aku buat tapi refer satu-satu pada guideline pada dinding. And erm erm, tak jadi. Result out. 2 kali buat pun out jugak. Nak buat control Cyclosporin pun tak tau mula-mula. So untuk control aje dah repeat 2 kali buat. Belum lagi nak run untuk sample. Last sekali, Chi Fei (pegawai) cakap, tape simpan blood sample run lagi esok hari. Pheww lega.

Hari esoknya lagi kecoh bila blood sample Cyclosporin tu dah ada org buang dalam tong kuning tu. Aku dengan Chua,trainee KKM, punya la cuak debar dip dap dip dup takut dipersalahkan. Tapi memang kitorang langsung tak tahu menahu pun pasal buang-buang sample darah tu. Kecoh kejap. Tapi everything turn to be fine again bila Abe Ha kutip balik blood sample tu dalam tong kuning & run the sample. Tade ape sangat la pun sebenarnya. Nasib la blood sample tu masih boleh digunakan. Lega sangat. :)

CDR dengan Nik, TPN dengan Yuni & Yuha. Hurm nothing much to do there. Bila boring, pergi packing ubat. Boring lagi,packing lagi.Packing.Packing.Packing. Haih.





No comments: