-->

tabung sumbangan ;)

Tuesday, March 4, 2014

Ha baru muncul minah ni !

Assalamualaikum....

Alhamdulillah hidup lagi aku pada saat ni. Akhirnya sentuh juga aku dengan keyboard, menaip juga aku kat sini setelah sekian lama. Almost one year jugak. Selalu nak up entri nak cerita macam macam tapi laptop rosakkkkk, sayang duit nak beli baru. Lagi pulak, hari hari kerja, memang letih sangat bila sampai rumah, padahal tak la busy sangat pun dekat hospital.. tapi bila sampai je rumah, nak bubum je Ya Allah rasa letih sangat. Memang selalu online tapi kalau nak update pakai fon memang tak feel laaa, lenguh jari picit satu satu hehe.


Macam tak percaya, dah setahun lebih aku di KL dan bergelar Senior Pharm Tech. Masa genap setahun kerja haritu, 03/12/13, memang touching habis, rasa macam tak percaya aku dah tempuh lalui dan rasa macam macam sepanjang aku kat sini. Obviously praktikal dan kerja adalah sangat lain! lagi pula aku kerja kat private sector. Apa yang aku buat masa praktikal dulu, tak de langsung dekat tempat kerja sekarang. Apa yang aku tak pernah buat masa praktikal dulu, kat sini haaaa mula terkulat kulat. Takpe, it is a learning proses. Kan ? :') Macam macam benda aku belajar. Memang everyday adaaa je benda baru.


Basically, aku ni bukan la ada follower pon tapi macam tak percaya pulak last week ada kawan tanya Fitri kenapa lama tak update blog?! Ha terus teringat lamaanyaa aku dah tak singgah lepak sini. Kalau duluuuuu , masyaAllah mesti nakkkk je update. Sampai benda bodo pon aku update hahaha. alaa, tu la kan. dulu zaman nak up up dulu memang la selalu update, seminggu, bape kali kauu. 


Kat sini aku biasa sorang sorang je. Dulu ye la, zaman kolej, zaman praktikal, mesti ada kacip friend kehulu kehilir... Sekarang memang berdikari. Mujurlah adik adik dekat je. Takdela dekat sangat pon, tapi boleh la sampai kan. Laa dekat sungai buluh je. Adik bongsu dekat puncak alam. Ha kat sini la aku selalu lepak menghabiskan masa. Dah jadi macam ibu ibu bawak bekal dan duit belanja untuk anak anak kat asrama. haha. Kadang kadang dating dengan housemate. Tu pon boleh bilang dengan jari je berapa kali. Sebabnya, cuti aku tak sama dengan lain. Lagi pula aku kerja shift! Aaaaaa sedih kengkadang. Tapi dah biasa. Kalau confident memang redah jugak kemana mana sengsorang, kalau tak.... kalau tak pon kena redah jugak la! hahaha.


Masa yang musim simbah acid dengan tikam tikam orang tu, masyaAllah, Allah je tau takotnya aku nak kemana mana. Tambah pula ada satu ketika tu area LDP tu ada mat motor pecahkan cermin kereta kat sit penumpang and grab handbag dalam kereta,tengok pula dengan mata kepala sendiri, memang cuak kuasa lapan! tapi peganglah kalimah "HASBUNALLAH WA NIKMAL WAKIL", baca doa pelindung diri, insyaAllah... Kita berada dalam rahmat dan perindunganNya.


Ya Allah excitednya dapat menaip kat sini lagi. Sampai otak aku dah takleh pikir nak start cerita yang mana dulu! haha. Lepas ni nak juga beli laptop, nak lepas gian. Pastu siapla.... hihi


Okeylah. TATA TITI TUTU <3 br="">




No comments: