-->

tabung sumbangan ;)

Monday, November 17, 2014

Pengalaman Pertama Kali Buat Passport

Assalamualaikum..

Kali pertama update entry pakai fon. Post nanti tak tau la keluar lagu mana. Sebenarnya sekarang baru je masuk shift lepas 6 hari bercuti. Free sesangatt la pulek. Kengkononnya manfaatkan masa yang ada la sekarang ni. Hehe.


Aku pilih untuk buat di KDN Jalan Duta sebab dia dekat dengan publika and tak jauh sangat dari rumah. Alang alang boleh berjalan jalan kat publika. Time tu publika baru je lagi buka. Aku pergi pagi dalam pukul 11, parking senang boleh je selit kat mana mana andd seingat aku rasanya takde bayaran untuk parking.


Datang lenggang bawak duit tak bawak gambar sebab memang dah tau kat situ pon boleh amik gambar bayar rm10 siap terus. Pasal tudung,  aku pakai je warna hitam plain, senang jalan selamat tak payah nak pening pening. Kepingan gambar mestilah bersaiz 30mm x 50mm berlatarbelakang putih tanpa bayang. Kalau amik gambar kat situ senang je, tadah muka bayar siap. Pasal spesifikasi gambar dah tak payah nak risau.


Dari segi bayaran pula, untuk 2 tahun dikenakan rm100 manakala untuk tempoh 5 tahun pula rm 300. Lepas dah siap gambar tu, terus ke level 1 untuk proceed. Ambil number giliran dekat kaunter 11 then tunggu angka giliran dipanggil. Bila angka giliran dipanggil sediakan siap siap ic ,salinan ic, dan angka giliran tiket tu. Korang akan diberi 2 keping. Satu kita simpan untuk buat pembayaran nanti.


Nombor akan dipanggil untuk ke kaunter PMA (Passport Malaysia Antarabangsa). Kat sini lah kita kena submit semua dokumen kita. Then tunggu untuk buat bayaran, kalau tak silap di kaunter 15/16. Kalau datang pagi pagi, boleh dapat terus passport on the same day. Tunggu untuk dipanggil dikaunter serahan (kanter 1-3) untuk serahan passport. Tapi kalau dah terlewat boleh amik keesokkan hari. Make sure simpan resit dan bawak skali ic dan terus ke kaunter serahan. Kat situ juga, kita akan diminta untuk sign passport kita. Then....SETTLE!


Tak rumit pon aih. :)

No comments: