-->

tabung sumbangan ;)

Wednesday, September 9, 2015

Day 1 : Nutella Banana Pancake yang osem!


Previous entry about my trip please refer here:


Hmm, kami masih lagi tak tau nak makan apa. Jam dah menunjukkan pukul 5.30 petang. Kat krabi cepat siang cepat malam. Macam kat sabah. Pukul 6.30 petang hari dah nak mula gelap. Sebelum kami sampai ke sini, masing masing memang dah survey habis habis pasal krabi dan kami semua time tu memang aim nak cari banana pancake yang tersohor sangat tu. Kudap kudap wajib yang semua orang kena cuba bila sampai di krabi ialah Nutella Banana Pancake dan banana coffee aishh sedap sangat.


Pada waktu petang, di sepanjang tepi tepi jalan krabi, korang boleh tengok banyak sangat stall yang menjual pancake dan ice blended dan majoriti yang aku tengok, penjualnya ialah perempuan muslim. Bukan saja pancake yang korang boleh jumpa, udang goreng tepung yang gemuk gemuk pon dijual dengan harga yang okey,tak mahal pon. 



Disebabkan ni kali pertama dan cuba, kami order 1 pancake dan 1 ice blended kongsi 4 orang sebab takut tak sedap. 



Nampak tak betapa happynya dapat makan.Memang sedap!









Berdasarkan apa yang aku dok perati, nutella banana pancake ni cara pembuatannya macam buat roti canai. Macam roti canai telur, tapi,,, diletakkan hirisan pisang yang nipis nipis dan dilipat kemudian dimasak macam masak roti canai sampai garing. Fuhh tapi memang sedap. Rasalah, nanti mesti rindu nak rasa lagi.

Hari pun menjelang senja. Kami balik ke bilik. Opsss pidi whatsapp katanya nak ke Krabi Night Market untuk cari makanan. Yuhuuu

Bersambung....





No comments: